Home Site Map About PSSM Contact Us Links
     
  Majlis Syarahan Perdana  
     
  Presiden PSSM, Profesor Dato' Dr Abdul Rahman Embong, yang juga merupakan Profesor dalam bidang Sosiologi Pembangunan dan Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia akan menyampaikan Syarahan Perdana beliau pada 26 September 2003 di UKM. Semua ahli PSSM dan lain-lain yang berminat dijemput hadir. Abstrak syarahan perdana dan butir-butir majlis ini seperti berikut:  
     
  Judul:
Pembangunan dan Kesejahteraan: Agenda Kemanusiaan Pada Abad Ke-21
Tarikh: 26 September 2003 (Jumaat)
Masa: 8.30 - 11.30 pagi
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM
 
     
     
  PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN: AGENDA KEMANUSIAAN PADA ABAD KE-21  
     
 

ABSTRAK

Sejak 50 tahun lebih ini, persoalan kemunduran dan pembangunan telah menjadi tema utama dalam perdebatan ideologi dan teori serta menjadi keperluan dasar di negara-negara yang baru meredeka. Dalam bidang pengajian pembangunan terdapat pertentangan tajam di antara pelbagai aliran pemikiran, khususnya di antara teori modenisasi dan neoliberalisme di satu pihak dengan pelbagai aliran neo-Marxisme, serta teori statist atau neo-statist di pihak lain. Dari segi pengalaman pembangunan pula, sementara negara-negara Afrika Sub-Sahara dan beberapa buah negara Amerika Latin dan Asia Selatan terus ketinggalan, kejayaan Asia Timur dan Asia Tenggara telah mencetuskan optimisme, serta menjadi landasan bagi pembinaan teori dan pilihan dasar yang baru yang kesemunya berkisar pada peranan negara dalam pembangunan. Akan tetapi, sejak 1990-an khususnya setelah keruntuhan blok Soviet dan berakhirnya Perang Dingin sehingga kini, peranan pemerintah dalam pembangunan sudah tergugat dengan hebat. Hal ini adalah kesan daripada kontra-revolusi neoliberal yang menganjurkan program penyelarasan struktural sejak 1980-an serta program governan baru antarabangsa menyusul krisis Asia 1997/98. Perkembangan ini meletakkan teori pembangunan dan pengajian pembangunan di jalan buntu sehingga menimbulkan persoalan sama ada peranan pemerintah dalam pembangunan dan juga pengajian pembangunan masih relevan pada hari ini.

 

Dalam keadaan demikian adalah perlu bagi kita untuk merenung kembali persoalan pembangunan dengan menelitinya dari segi epistemologi, teori dan pengalaman pembangunan serta jatuh bangun pengajian pembangunan. Pembangunan tidak seharusnya menitikberatkan pertumbuhan semata-mata tetapi harus menyeluruh dan seimbang dengan kesejahteraan umat manusia dan peningkatan martabat mereka sebagai matlamatnya. Di sini empat persoalan besar perlu dibicarakan. Pertama, apakah yang terselinap di sebalik wacana pembangunan sejak munculnya apa yang dipanggil ‘zaman pembangunan' lebih lima dekad yang lalu? Kepentingan dan agenda apakah yang mendorong wacana pembangunan dan ‘kesedaran pembangunan' sejak Perang Dunia Kedua, yang kini secara tidak terelakkan menjadi global ? Kedua, apakah teori dan pengalaman pembangunan selama beberapa dekad ini menjurus ke arah memperkukuhkan perkongsian antara manusia serta meningkatkan kesejahteraan mereka? Ketiga, dalam era globalisasi neoliberal kini, khususnya sejak kejatuhan blok Soviet dan kemunculan AS sebagai satu-satunya adikuasa di dunia, apakah yang terjadi kepada peranan pemerintah dan apakah ia boleh terus berperanan dalam pembangunan? Keempat, apakah dampak kesemua ini ke atas ilmu pembangunan dan bagaimanakah ilmu pembangunan  boleh disuburkan semula dan dipertahankan kerelevanannya? Keempat-empat persoalan ini perlu diulas dengan mengambil kira perdebatan dalam bidang ilmu pembangunan dan sejarah pembangunan di negara-negara Barat serta pengalaman pembangunan di negara-negara yang sedang membangun termasuk Malaysia. Renungan ini diharapkan dapat menyumbang kepada usaha untuk menyuburkan semula teori pembangunan dan pengajian pembangunan sebagai bidang ilmu yang utuh serta meletakkannya pada tempat yang sewajarnya, di samping dapat mengemukakan landasan intelektual yang kukuh bagi mendedikasikan dan mempertegaskan semula pembangunan sebagai suatu usaha sejarah bagi memajukan kesejahteraan dan martabat umat manusia.
 
     
     
     
  DEVELOPMENT AND WELL-BEING :MANKIND'S AGENDA FOR THE TWENTY FIRST CENTURY  
     
  ABSTRACT

ver the last fifty years, underdevelopment and development have been a major theme in ideological and theoretical debates as well as a policy imperative in newly independent countries. The field of development studies has been characterised by sharp contestations between various schools of thought, namely between modernisation theory and neoliberalism on the one hand versus different strands of neo-Marxism and statist or neo-statist theories on the other. In terms of the human experiences of development, while African Sub-Sahara and parts of Latin America and South Asia have remained behind in development, the success of East and South East Asia has spurred optimism, and formed the basis for the construction of a new set of development theory and policy choices centring around the developmental role of the state. However, since the 1990s, particularly since the collapse of the Soviet bloc and the ending of the Cold War, the role of the state in development has been seriously questioned. This is the result of the neoliberal counter-revolution that advocated structural adjustment programme in the 1980s and the international governance programmes following the 1997/98 Asian crisis. All these have placed development theory and development studies in a quandry, posing the inevitable question of the relevance of the role of the state in particular as well as of development studies in general.

 

Given the above scenario, it is urgent that we undertake the task of reflecting upon the question of developmentalism, by examining its epistemology, theory, and experience as well as the fate befalling development studies. Development should not one-sidedly emphasise growth, but should be holistic and balanced, with the advancement of human well-being and dignity at its core. Four major questions need to be addressed. First, what lies behind the development discourse of the last five decades or so since the emergence of the so-called ‘age of development'? What interests and agendas have driven the ‘development discourse' and the inescapable, globally pervasive ‘development consciousness' since the Second World War? Second, have development theory and the actual human experiences served generally to strengthen human cooperation and improve the quality of human life and dignity? Third, in today's era of neoliberal globalisation, particularly since the fall of the Soviet bloc and the rise of the United States as the world's only super-power, what have been the effects of these developments upon the state and is the state still capable of playing its developmentalist role? Fourth, what have been the effects of the experiences of the last fifty years or so on the field of development theory and development studies, and in what way can the relevance of development studies be revitalised and sustained? These four questions need to be addressed in light of the debates in development studies and the history of development in the West as well as in the developing countries including Malaysia . The reflection attempted here hopefully can contribute towards re-vitalising development theory and development studies as scholarly fields and accord them their deserved status, as well as to provide a strong intellectual foundation to rededicate and reaffirm development as an historic enterprise to advance human well-being and dignity.