Home Site Map About PSSM Contact Us Links
     
  Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya  
  Rumah Universiti, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
Kenyataan Media 2002/1
9 Mac 2002
 
     
 

PKAUM mengambil perhatian akan Pekeliling 17 Tahun 2001 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 20 Disember 2001.

Pekeliling tersebut telah mewajibkan semua kakitangan awam Malaysia menandatangani satu surat akujanji.

Banyak laporan dan rencana media telah ditulis mengenai surat akujanji tersebut. Malangnya ada laporan yang memberi sindiran bahawa para akademik tidak setia kepada raja, negara dan kerajaan kerana menyoal surat akujanji tersebut. Sekiranya surat akujanji tersebut merupakan surat sumpah taat setia kepada raja, negara dan kerajaan, sudah tentu semua para akademik menyokongnya. Malangnya, surat akujanji tersebut bukan surat sumpah taat setia kepada raja, negara dan kerajaan. Sumpah taat setia kepada raja, negara dan kerajaan adalah hanya 1/9 dari apa yang tertulis dalam akujanji tersebut. Apa yang dipersoalkan oleh PKAUM adalah beberapa perkara lain yang cuba dikaitkan dengan sumpah taat setia kepada raja, negara dan kerajaan.

Perkara-perkara ini mungkin bercanggah dengan hak kebebasan akademik, hak pekerja dan juga hak sebagai seorang rakyat Malaysia .

Perkara-perkara yang mungkin menimbulkan percanggahan ini ada dinyatakan di dalam lampiran 1 dan 2. PKAUM telah berusaha untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian ke atas percanggahan ini. Dengan pihak pengurusan Universiti Malaya, PKAUM telah gagal beberapa kali untuk mendapatkan jawapan yang lurus dan nyata. Malahan, soalan-soalan bertulis yang dikemukakan secara resmi juga tidak dapat dijawab dengan tepat.

Tujuannya pengeluaran pekeliling tersebut dikatakan hanya sebagai peringatan tetapi surat akujanji tersebut tidak pula menyerupai satu surat peringatan. Ianya lebih menyerupai satu surat sumpah atau surat perjanjian. Apa tujuan ianya sedemikian rupa? Apakah kegunaan surat akujanji yang telah ditandatangani?

PKAUM merasa terkilan pandangan dan teguran awal PKAUM seperti di dalam kenyataan media PKAUM 2001/3 (Lampiran 3) pada 17 Oktober 2001 tidak diendahkan. PKAUM telah lama menjangkakan surat akujanji ini akan menimbulkan berbagai masalah.

Oleh demikian PKAUM menuntut Perkeliling 17 ditarikbalik dan dikaji semula. Ianya perlu ditulis semula dengan mengambilkira perkara-perkara yang melanggar hak asasi individu, hak kesatuan sekerja dan hak kebebasan akademik, seperti yang ternyata dalam lampiran 1 dan 2.

PKAUM juga menuntut eksais menandatangani akujanji digantungkan sementara menunggu selesainya kajian semula tersebut.

Memandangkan tidak ada usaha bersungguhsungguh untuk memperjelaskan kandungan surat akujanji serta memberikan jawapan yang lurus dan nyata oleh pihak bertanggungjawab, PKAUM tidak dapat mengesyorkan kepada ahli-ahlinya serta kakitangan akademik amnya supaya menandatangani surat akujanji. PKAUM menganggap selagi jawapan lurus dan nyata tidak diberi oleh pihak-pihak bertanggungjawab, ahli-ahlinya berhak untuk tidak menandatangani surat akujanji berkenaan.

 
     
  Dikeluarkan bagi pihak PKAUM oleh
Rosli H. Mahat
Presiden PKAUM
d/a Jabatan Fizik, Universiti Malaya
Tel: 016-3125898
 
     
     
  Lampiran 1:   Perkara-perkara percanggahan dalam akujanji  
     
 

1) PKAUM mendapati akujanji tersebut ada melanggar hak kebebasan akademik di universiti. Perkara (i) dalam akujanji tersebut menganggapkan kritikan dasar dan keputusan kerajaan sebagai ketidaksetiaan kepada kerajaan. Ini adalah satu anggapan yang salah. Kritikan dasar kerajaan adalah lumrah dalam dunia akademik. Ini adalah untuk menghasilkan siswazah yang berjiwa kritis, boleh melihat sesuatu isu dari berbagai sudut serta mampu membezakan yang baik dengan yang buruk. Perkembangan ilmu kan terbantut dan tidak lengkap jika hanya kebaikan satu pihak sahaja disebut-sebutkan

2) PKAUM juga mendapati akujanji tersebut cuba mengawal perhubungan dan kegiatan seseorang pekerja dengan kesatuan sekerjanya. Di dalam perkara (viii) akujanji tersebut, seseorang pekerja boleh meminta bantuan kesatuannya jika kesatuan tersebut mengunakan hanya cara resmi untuk memajukan tuntutannya. Pekerja akan dihukum jika kesatuannya mengunakan cara lain. Ini juga menunjukkan kerajaan juga cuba menghadkan perjuangan kesatuan kepada cara resmi sahaja.

3) PKAUM juga menganggap perkara (viii) juga cuba mengurangkan pilihan tindakan yang boleh diambil untuk sesuatu tuntutan. Dengan tidak mengtakrifkan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan 'pengaruh luar' dalam perkara (viii), konflik akan timbul bila semua pihak membuat andaian sendiri.

4) PKAUM juga menganggap surat akujanji tersebut tidak memberi peluang kepada kakitangan untuk mengambil tindakan jika tidak setuju dengan apa-apa peraturan, pekeliling yang ada atau yang akan dikeluarkan pada masa depan. Ini adalah sama seperti menandatangani cek kosong.

 
     
     
     
  Lampiran 2:   LEGAL ISSUES REGARDING THE "AKUJANJI"  
     
 

Introduction

The "Akujanji" document, which all university staff members are supposed to sign, raises a few issues. Some are legal while others are more a matter of principle. These shall be dealt with here.

Forced to Agree

All academic staff members in Malaysia are probably aware of the variety of rules and regulations that effectively take away our academic freedoms thus making it difficult to carry out our jobs (teaching and research), without fear or favour. Perhaps the most oppressive of these is the Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000.

This act in effect makes it an offence for any academic staff to comment on governmental policies (whether favourably or critically) without ministerial permission. This is of course almost impossible to enforce. It is highly impractical for the authorities to process the requests from all academics every time they wish to make a statement or write an article that touches upon governmental policies. Therefore, one can only presume that this law is meant to be used as and when the authorities wish to. That is to say it becomes a prevalent and ever present threat to all academics.

Yet, this "Akujanji" is based on this very act. The words of the oath are taken from Rule Three of the Second Schedule of the Statutory Bodies Act. An oath is a serious business; it means that one is swearing to something, thus putting one's integrity and honour on line. It is one thing to be forced to obey laws not conducive to academic freedom; it is another thing all together to be forced to say that one agrees to these laws.

This "Akujanji" is therefore an affront to academic freedom. In principle it is repulsive and in practical terms it is unnecessary as the laws it refers to are already in force.

The Legal Implications

By signing this "Akujanji" there are several constitutional rights being threatened. Most notably is the right to expression. The first point in the document and the explanatory note that comes with it states that there can be no criticism of the government. This is clearly in breach of article 10 of the Constitution that guarantee every citizen the right to express oneself. As academics this would mean that we would be prevented from doing our work properly. How can there be a gag on governmental criticism in the academic world if subjects such as economics, social sciences and law are to be effectively taught?

Point eight of the "Akujanji" can be interpreted as taking away academics' rights for seeking help from bodies such as the courts and SUHAKAM. Thus by virtue of working in a university one's rights to seek redress in proper forums is swept away.

Furthermore, by signing this document, it can be deemed as consenting to the loss of these freedoms. There is a possibility that in the future an academic challenging the constitutionality of the Statutory Bodies Act can have difficulty doing so by virtue of him having signed the "Akujanji".

In theory one's constitutional protection is absolute and cannot be taken away, even by signing a document, however, there is no guarantee that the Malaysian courts are willing to take this protectionists stance with a broad interpretation of constitutional protection.

Conclusion

The "Akujanji" and the way it has been put forward is an insult to hard working academics. It questions one's integrity and is forcing a class of people to put their names down on a document that says they agree to laws and rules that work against them and their profession. Legally, there are many constitutional rights being threatened and based on these considerations, it is submitted that it is not desirable to allow the "Akujanji" process to continue without putting forward the apprehensions and worries of academics who are concerned with the concept of academic freedom.

 
     
     
     
  Lampiran 3: Kenyataan awal PKAUM mengenai akujanji  
     
  PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYA
Rumah Universiti, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur

Kenyataan Media 2001/3
17 Oktober 2001

SURAT AKUJANJI

Akhirnya jadi juga rancangan kerajaan untuk memaksa semua kakitangan kerajaan menandatangani surat akujanji. Malahan semua pelajar universiti juga dikehendaki menandatangani surat tersebut. Nampaknya pihak pemimpin kerajan tidak lagi yakin dengan kewibawaan dan kebolehpercayaan kakitangannya sendiri. Adalah amat menyedihkan apabila kesetiaan dan patriotisma seorang rakyat kepada negara sendiri dipesoalkan oleh pemimpin sendiri.

Adakah perlu surat akujanji ini? Sepertimana yang telah sedia maklum semua kakitangan awam sudah pun terikat dengan Perintah Am. Bagi para akademik pula mereka ada peraturan tambahan iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akta Badan-badan Berkanun. Tidakkah ini cukup untuk mengawal atau menghukum para akademik? Adakah para pensyarah perlu di kongkong dengan lebih ketat. Sungguh tidak masuk akal surat akujanji dikatakan perlu kerana pensyarah tidak mahu ikut Perintah Am seperti yang telah dinyatakan oleh beberapa pemimpin negara. Tidakkah tindakan disiplin boleh dikenakan jika mana-mana pihak engkar Perintah Am? Perlu diingatkan juga bahawa para akademik perlu diberi kebebasan untuk mencari ilmu dan menyebarkannya. Para pelajar pula perlu didedahkan kepada berbagai ilmu agar mereka boleh menilai sesuatu ilmu, membuat keputusan dan menyuarakan pendapat mengenainya.

PKAUM merayu kepada para pemimpin negara supaya membatalkan rancangan untuk memaksa kakitangannya menandatangani surat akujanji. Ianya adalah amat 'naïve' beranggapan kakitangan kerajaan akan menjadi setia dengan menandatangani surat akujanji tersebut. Banyak lagi cara lain yang lebih baik untuk memastikan seseorang kakitangan awam setia kepada negara. Amat meyedihkan kesetiaan seseorang kakitangan yang telah berkhidmat 20-30 tahun kepada negara diragui. Kesetiaan kakitangan awam kepada negara yang mesti diutamakan dan bukannya kepada seseorang individu atau mana-mana badan politik. Menyedihkan lagi jika seseorang terpaksa menandatangani surat akujanji tersebut kerana nak jaga periuk nasi. Ini akan mengalakkan sifat kepura-puraan dan ampu-mengampu di kalangan kakitangan awam.

SEORANG AYAH YANG KENAL DAN SAYANG ANAKNYA TIDAK AKAN MEMAKSA ANAKNYA MENGAKU SAYANG KEPADA AYAHNYA.

Dikeluarkan bagi pihak PKAUM oleh
Rosli H. Mahat
Presiden PKAUM