Home Site Map About PSSM Contact Us Links
     
  Negara, Pasaran dan Pemodenan Malaysia  
     
  Disunting oleh Abdul Rahman Embong  
     
  Malaysia kini memasuki abad baru dan sedang dilanda arus globalisasi yang serba mencabar dan pantas. Empat dasawarsa yang lalu, Malaysia masih sebuah negara pertanian dengan asas industri, kadar pembandaran dan pemodenan yang terbatas. Hari ini, Malaysia telah berubah menjadi sebuah negara industri baru (NIB) dengan proses pembangunan dan pemodenan yang pesat. Malaysia sering dianggap sebagai contoh bagi negara membangun lain kerana kejayaannya mengurangi kemiskinan, merapatkan jurang kaya-miskin dan ketidakseimbangan etnik, serta memelihara hubungan etnik dan iklim politik yang stabil bagi membolehkan pembangunan sosioekonomi yang berterusan. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini muncul semula jurang perbezaan yang beransur-ansur melebar dan beberapa masalah baru yang lain yang menjadi cabaran dalam usaha Malaysia melangkah ke abad baru. Kenapa ini berlaku dan apakah bentuk-bentuk cabaran itu dibahas dalam buku ini secara teliti. Buku ini mengandungi 27 bab yang ditulis oleh para sarjana dan pakar dalam bidang masing-masing. Buku ini merupakan sebuah jendela kecil kepada transformasi besar masyarakat Malaysia hasil daripada proses pemodenan. Bab-bab di dalamnya yang menganalisis pelbagai proses dan isu penting yang muncul dalam transformasi tersebut amat perlu dihayati oleh para pelajar dan pembaca umum dalam usaha mereka memahami maysarakat dan negara Malaysia  
     
  ABDUL RAHMAN EMBONG, Ph.D., Profesor Madya dalam bidang sosiologi di Jabatan Antropologi dan Sosisologi merangkap Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), dan Ketua Editor Akademika, jurnal sains kemasyarakatan dan kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.  
     
  Negara, Pasaran dan Pemodenan Malaysia · Abdul Rahman Embong (ed.) · 2000 · Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia · ISBN 967-942-460 · 680 hlm · RM45.00  
     
  Boleh diperolehi di:
Kedai Buku
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-8292942
03-8293138
E-mail: jaapar@pkrisc.cc.ukm.my