Home Site Map About PSSM Contact Us Links
     
  SABAH DALAM PERLUASAN PASARAN  
     
 

Disunting oleh

ABDUL HALIM ALI, ISHAK SHARI

HABIBAH AHMAD & ER AH CHOY
 
     
  Kebiasaannya pasaran ialah satu konsep pokok dalam teori sistem ekonomi kapitalis yang menganggapnya satu gelanggang pertukaran barangan dan perkhidmatan antara pembeli dengan penjual. Namun, koleksi makalah ini meluaskan erti pasaran itu kepada usaha para individu mencuba memaksimakan keuntungan masing-masing dan juga sebagai penyelaras pelbagai aktiviti ke arah tujuan itu. Kepuasan peserta pasaran dapat dimaksimakan melalui interaksi sosial. Sebagai satu sumbangan kecil kepada korpus ilmu, khususnya untuk memahami proses perluasan pasaran serta implikasinya kepada masyarakat Sabah, maka buku ini menghimpunkan penulisan tenaga akademika Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia berdasarkan pengalaman penyelidikan masing-masing di Sabah. Hendaknya koleksi makalah ini merangsangkan satu perenungan, adakah perluasan kuasa pasaran pasti menghasilkan pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan sosial.  
     
  ABDUL HALIM ALI, Profesor Madya dan Penyelaras Program Sains Sosial, Pusat Pengajian Siswazah, UKM. ISHAK SHARI, Ph.D, Pengarah IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia. HABIBAH AHMAD, pensyarah di Fakulti Sains Pembangunan dan ER AH CHOY, Pengerusi Unit Kajian Ekonomi dan Pengurusan di fakulti yang sama.  
     
  Sabah dalam perluasan pasaran · Abdul Halim Ali, Ishak Shari, Habibah Ahmad & Er Ah Choy (eds.) · 2000 · Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia · ISBN 967-942-476-6 · 400 hlm · RM35.00  
     
  Boleh diperolehi di: Kedai Buku
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-8292942
03-8293138
E-mail: jaapar@pkrisc.cc.ukm.my